Saturday, November 20, 2021

RUKUN NEGARA




MPU211032 - PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN
NAMA PENSYARAH: MOHD FAIZAL BIN MAT PESA


AHLI KUMPULAN


AINA NABILA BINTI MOHD SAPARI
14DAT21F1014

NUR FARA FARIHA BINTI AB KARIM
14DAT21F1026

NURADILA BINTI ABD. RASHID
14DAT21F1018

NUR FATIN AQILAH BINTI AMINUDDIN
14DAT21F1036



PENGENALAN RUKUN NEGARA.


Rukun Negara telah diisytiharkan pada 31 Ogos 1970 sempena ulang tahun kemerdekaan Malaysia yang ke-13 oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almarhum Tuanku Ismail Nasiruddin Shah Ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin, Yang di- Pertuan Agong IV. Rukun Negara diperkenalkan berikutan peristiwa 13 Mei 1969 yang melemahkan perpaduan antara kaum di Malaysia. Rukun Negara dibentuk dengan tujuan utama iaitu membentuk perpaduan yang kukuh. Prinsip-prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara jelas merupakan kunci kepada keharmonian dan perpaduan kaum demi kejayaan dan kestabilan Malaysia.


SEJARAH PEMBENTUKAN RUKUN NEGARA.

Rukun Negara dibentuk dengan tujuan utama iaitu membentuk perpaduan yang kukuh. Prinsip-prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara jelas merupakan kunci kepada keharmonian dan perpaduan kaum demi kejayaan dan kestabilan Malaysia.Rukun Negara diperkenalkan berikutan peristiwa 13 Mei 1969 yang melemahkan perpaduan antara kaum di Malaysia.


OBJEKTIF RUKUN NEGARA.

  • Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakat.
  • Dapat memilihara satu cara hidup demokratik 
  • Membentuk satu sikap yang liberal terhadap tradisi kebudayaan yang kaya dan berbagai-bagai corak.
  • Membina sebuah masyarakat prograsif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden.


LIMA PRINSIP RUKUN NEGARA.

 Menurut Kamus Dewan (2005), Rukun Negara adalah falsafah negara Malaysia yang mendukung lima prinsip, iaitu:

  1.    Kepercayaan kepada Tuhan
  2.    Kesetiaan kepada Raja dan Negara 
  3.    Keluhuran Perlembagaan 
  4.    Kedaulatan Undang-Undang
  5.    Kesopanan dan Kesusilaan   


MAKSUD BAGI SETIAP PRINSIP RUKUN NEGARA.


1. KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
Bangsa dan Negara ini telah diwujudkan atas kepercayaan yang
kukuh kepada Tuhan. Melalui kepercayaan beragama yang betul
akan menjadikan bangsa dan negara ini sebagai satu bangsa dan
negara yang berdaulat. Perlembagaan Persekutuan
memperuntukkan bahawa Islam ialah agama Persekutuan, tetapi
agama dan kepercayaan-kepercayaan lain boleh diamalkan
dengan aman dan tenteram di mana-mana bahagian di dalam
Persekutuan. Jawatankuasa penggubal Rukun Negara menyedari
akan pentingnya agama dan kepercayaan kepada Tuhan dalam
kehidupan manusia. Ketiadaan agama boleh meruntuhkan
keperibadian seseorang dan juga sesuatu bangsa dan negara.
Menyedari betapa pentingnya keteguhan pegangan anggota
masyarakat terhadap ajaran agama masing-masing, prinsip ini
telah dipilih sebagai prinsip pertama dalam Rukun Negara.




2. KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA.
Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja
Berpelembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan
Agong sebagai Ketua Negara. Selaras dengan kedudukan Yang di-
Pertuan Agong sebagai Raja mengikut Perlembagaan, sistem
beraja juga diamalkan di setiap negeri, dan Yang Di-Pertua Negeri
bagi negeri-negeri yang tidak beraja. Seri Paduka Baginda, Raja-
Raja dan Yang Di-Pertua Negeri adalah merupakan lambang
perpaduan rakyat. Kesetiaan kepada Raja dan Negara
bermaksud, bahawa setiap warganegara hendaklah
menumpukan sepenuh taat setia, jujur dan ikhlas kepada Seri
Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Di peringkat negeri pula,
rakyat dikehendaki menumpukan taat setia kepada raja yang
memerintah negeri tempat mereka bermastautin tanpa
mengurangkan taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong.




3. KELUHURAN PERLEMBAGAAN
Keluhuran perlembagaan menekankan perlunya rakyat menerima,
mematuhi dan mempertahankan keluhuran atau kemuliaan
Perlembagaan Negara iaitu sumber perundangan yang tertinggi.
Fungsinya untuk memberi perlindungan kepada setiap rakyat negara
ini akan hak dan keistimewaan mereka sebagai warganegara. Setiap
warga negara Malaysia dikehendaki menghormati, menghargai,
serta memahami maksud dan kandungan serta latar belakang
sejarah pembentukan Perlembagaan Negara. Perlembagaan Negara
telah digubal berasaskan kesepakatan semua kaum dan semua
pihak di negara ini. Dengan demikian ia merupakan satu kontrak
sosial rakyat yang tidak boleh dipersoalkan dan diganggu gugat oleh
mana-mana individu atau mana-mana pihak. Perlembagaan
Malaysia menentukan pola politik dan kedudukan sosio-ekonomi
rakyat di negara ini. Ia adalah sumber rujukan bagi segala hal yang
berkaitan dengan sistem pemerintahan, perundangan, kedudukan
dan hak sosio-ekonomi rakyat.


4. KEDAULATAN UNDANG-UNDANG

Keadilan diasaskan atas kedaulatan -undang di mana undangsetiap
rakyat sama tarafnya di sisi undang-undang negara. Kebebasan
asasi terjamin bagi semua warganegara Malaysia. Undang-undang
negara berasaskan kepada Perlembagaan. Oleh itu kedaulatannya
perlu diterima dan dipertahankan. Tanpa undang-undang, hidup
bermasyarakat dan bernegara tidak aman dan stabil. Oleh itu
undang-undang negara dijamin pula oleh institusi kehakiman yang
bebas dan berwibawa. Setiap negara memerlukan undang-undang
untuk mengawal dan mewujudkan satu masyarakat yang aman,
stabil dan makmur. Kewujudan undang-undang akan menjamin
kehidupan anggota masyarakat dapat bergerak dengan licin dan
teratur tanpa sebarang kekacauan, di mana semua anggota
masyarakat akan merasa selamat. Hak-hak semua rakyat boleh
diamalkan dengan bebas asalkan tidak melanggar undang-undang
serta perkara-perkara sebagaimana yang dijamin oleh
Perlembagaan Negara.



5. KESOPANAN DAN KESUSILAAN.
Prinsip ini menekankan perkembangan personaliti dan tingkah
laku seseorang rakyat. Tujuannya adalah untuk membentuk
warganegara yang bersopan santun dan bersusila selaras dengan
kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni yang dijalankan sekarang.
Sifat individu yang bersopan santun dan bersusila adalah amat
penting dalam konteks perhubungan antara satu sama lain dalam
masyarakat pelbagai kaum di negara ini. Sikap bersopan santun
dan bersusila patut diamalkan bagi membentuk individu dan
masyarakat yang berdisiplin serta bermoral tinggi yang akan
mewujudkan sebuah masyarakat yang harmoni. Tatasusila ini
membenci tingkah laku yang angkuh atau menyinggung perasaan
seseorang atau sesuatu golongan. Tingkah laku sopan juga
mengandungi suatu darjah kesusilaan yang tinggi dalam kedua-
dua kehidupan persendirian dan kehidupan bernegara. Prinsip ini
menjadi panduan supaya perilaku masyarakat sentiasa
terpelihara dan berkembang sesuai dengan keperibadian bangsa
dan nilai-nilai murni.

VIDEO



USAHA-USAHA UNTUK MENERAPKAN NILAI PRINSIP RUKUN NEGARA DALAM DIRI MASYARAKAT.

▪ Mengadakan Kempen Kesedaran. Untuk menanamkan dan
menghayati Prinsip Rukun Negara dalam diri individu.

▪ Melalui Pendidikan. Melalui penerapan prinsip Rukun Negara
dalam mata pelajaran Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan,dan
Pendidikan Moral di sekolah.

▪ Peranan Media Massa. Media massa elektronik seperti televisyen
dan internet boleh menyiarkan iklan atau program yang memberi
kesedaran kepada penonton untuk menghayati prinsip Rukun
Negara. Media massa bercetak seperti akhbar atau majalah boleh
menerbitkan artikel tentang kepentingan menghayati prinsip
Rukun Negara.

▪ Peranan Ibu Bapa. Ibu bapa bertanggungjawab mendidik anak-
anak mereka supaya memahami dan menghayati prinsip Rukun
Negara. Hal ini bagi memastikan anak-anak faham dan patuh serta
menghayati Rukun Negara sejak dari kecil hingga dewasa.

▪ Peranan Kerajaan. Kerajaan boleh mengambil inisiatif seperti
menganjurkan program yang bertemakan Rukun Negara bagi
memastikan rakyat sentiasa menghayati prinsip Rukun Negara.



KESAN APABILA PRINSIP RUKUN NEGARA DIABAIKAN.

▪ Ketidakharmonian dan ketegangan antara kaum berlaku di dalam masyarakat, dari isu setempat hinggalah isu nasional.

▪ Apabila prinsip kepercayaan kepada tuhan diabaikan, maka pelbagai fahaman liberal mula menusuk masuk ke dalam minda masyarakat.

▪ Apabila prinsip kesetiaan kepada raja dan negara diabaikan, maka fahaman antiinstitusi raja mula berlegar-legar di dalam masyarakat.

▪ Apabila prinsip keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang diabaikan, maka semua yang terkandung dalam perlembagaan termasuk soal hak-hak Istimewa orang Melayu
dan Bumiputera, kedudukan raja, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan Islam sebagai Agama Persekutuan, telah menjadi perkara pertikaian hingga meranapkan kontrak sosial berasaskan kompromi antara kaum yang selama ini menjadi tunjang perpaduan antara kaum di negara kita.

▪ Apabila prinsip kesopanan dan kesusilaan diabaikan, maka lahirnya manusia tidak sopan dalam kalangan warganegara. Perpaduan dan rasa hormat-menghormati menjadi tembok besar antara masyarakat.

KESIMPULAN
Rukun Negara bukanlah sekadar prinsip yang yang hanya dilafazkan dengan ikrar tetapi ianya menuntut kesungguhan setiap warganegara untuk menghayati dan mengamalkannya. Justeru, mengamalkan Rukun Negara akan melahirkan masyarakat yang bersatu padu tanpa mengira kaum serta bersikap saling menghormati antara satu sama lain. Melalui perpaduan yang kukuh, pertumbuhan ekonomi dapat ditingkatkan dan kestabilan politik dapat dikekalkan dalam sistem pemerintahan negara yang bercorak demokratik.

RUKUN NEGARA

MPU211032 - PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN NAMA PENSYARAH: MOHD FAIZAL BIN MAT PESA AHLI KUMPULAN AINA NABILA BINTI MOHD SAPARI 14DAT21F101...